fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: 13 mangsa terkorban - KKM

SELAYANG, 16 Disember- Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali disahkan terkorban, setakat pukul 11.00 pagi.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, sebahagian mangsa terkorban telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan selebihnya masih berada di lokasi kejadian.

Seramai tujuh mangsa yang cedera dalam insiden tersebut dihantar ke hospital, melibatkan Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang, masing-masing tiga mangsa.

Kata Zaliha, seorang mangsa lagi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.


(Foto BERNAMA)

Awal pagi tadi berlaku kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father's Organic Farm di Gohtong Jaya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Usaha mencari dan menyelamat masih giat dilakukan.

Media Baharu