fb fb fb fb fb

Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Tokoh korporat bumiputera ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia pada pukul 7.45 pagi tadi akibat sakit tua.

Pengasas syarikat hartanah MK Land itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.



(Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar)

Media Baharu