fb fb fb fb fb

13 PATI gagal masuk Malaysia, cubaan berjaya dipatahkan MK 2 Divisyen

BUKIT KAYU HITAM, 25 Julai- Cubaan kumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyeludup masuk ke negara melalui sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah berjaya dipatahkan.

Terbaru, Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Divisyen) berjaya menahan 13 orang PATI warganegara Myanmar dan Thailand yang cuba masuk ke Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.

Tangkapan tersebut dilakukan di dua lokasi berbeza dalam kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah di bawah Sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

"Dalam kejadian pertama, pada pukul 11.15 pagi, pasukan bertugasĀ melaksanakan rondaan di sempadan mengesan sekumpulan individu yang mencurigakan bergerak masuk dari arah pagar sempadan dan bertindak menahan kesemua individu tersebut yang bersembunyi di kawasan semak dalam kebun getah," kata kenyataan dikeluarkan 2 Divisyen.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai tujuh orang adalah PATI warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta berusia antara 14 hingga 47 tahun terdiri daripada 6 lelaki dan seorang wanita.

Kejadian kedua pula, pada pukul 5 petang, Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) yang ditempatkan di kawasan ladang getah tidak jauh dari sempadanĀ telah mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menahan kesemua orang awam tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 6 orang adalah PATI terdiri daripada 5 warganegara Myanmar dan 1 warganegara Thailand yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta berusia antara 18 hingga 38 tahun terdiri daripada lima lelaki dan 1 perempuan," tambah kenyataan itu.


(PATI yang berjaya ditangkap didapati tiada dokumen pengenalan diri)

Turut dirampas dalam kedua-dua kejadian sebanyak lima buah telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 Fi, wang tunai dalam matawang Myanmar dan Thailand serta 13 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM5,000.

Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) sentiasa mengawal sempadan negara dari diceroboh selain tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan aktiviti jenayah rentas
sempadan.

Media Baharu