fb fb fb fb fb

Tan Sri Michelle membanggakan negara- PM

(FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Pencapaian aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Golden Globe diharap dapat memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.

Perdana Menteri berkata, trofi mahsyur Anugerah Golden Globe yang berjaya dirangkul Tan Sri Michelle ternyata membanggakan negara dan rakyat terutamanya peminat filem.

"Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh atas pencapaian tingkat tinggi dalam industri seni perfileman tatkala meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.

"Saya amat berharap pencapaian Tan Sri Michelle ini memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti,"katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut berkata akan menonton filem yang dibintangi Tan Sri Michelle Yeoh, ‘Everything Everywhere All at Once’ dalam masa terdekat.

"Tahniah dari seluruh rakyat Malaysia!"katanya.

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

 

Berita berkaitan : Michelle Yeoh rangkul Golden Globes

Media Baharu