fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid serah perwakilan tentukan pertandingan jawatan presiden

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada dua jawatan tertinggi parti itu perlu dipertandingkan atau tidak.

Pemilihan jawatan itu perlu diadakan sebelum 19 Mei ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai pandangan telah dilontarkan berhubung pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, namun beliau yakin para perwakilan UMNO sudah cukup matang untuk membuat penilaian sesuai dengan proses demokrasi yang diamalkan di negara ini.

(Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / FOTO BERNAMA)

“Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan. Sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada para perwakilan untuk menentukannya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata ia bagi memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti khususnya bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Media Baharu