fb fb fb fb fb

Tampung keperluan pesakit kanser, IKN cadang bina bangunan baharu

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 November- Institut Kanser Negara (IKN) bercadang membina sebuah bangunan baharu untuk menampung keperluan pesakit kanser yang semakin bertambah setiap tahun.

Menurut Pengarahnya, Dr Mohd Anis Haron@Harun bangunan baharu itu akan dilengkapi dengan pertambahan wad dan pelbagai kemudahan fasiliti rawatan kanser.

Jelas Mohd Anis, pihaknya kini sedang merangka satu kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kawasan belakang bangunan sedia ada IKN dikenal pasti sebagai tempat sesuai untuk mendirikan bangunan baharu.

"Sebab saya rasa untuk mendirikan satu bangunan baharu ia akan mengambil masa dan kerajaan juga mempunyai projek lain. Buat masa ini apa perlu kita buat, kita hantar pakar onkologi untuk memberi perkhidmatan di hospital tertentu. Dan terkini, pakar mencadangkan agar ada satu klinik bersepadu," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Amal IKN di sini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Artikel Berkaitan:
Pengurusan, rawatan kanser di IKN, lebih baik berbanding 10 tahun lalu
Hampir RM1 juta diperlukan bantu pesakit kanser kurang berkemampuan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM