fb fb fb fb fb

Tambah baik protokol sempadan Malaysia-Singapura, mekanisme baharu diperkenal

(Foto Jabatan Perdana Menteri)

SINGAPURA, 30 Januari- Satu mekanisme baharu bakal diperkenalkan bagi menambah baik protokol kemasukan sempadan Malaysia-Singapura.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini demi memudahkan pergerakan ulang alik bagi lebih 150,000 rakyat Malaysia yang bekerja di republik tersebut.

"Mereka perlu bangun seawal 4.00 pagi. Sebagai pemimpin kita sepatutnya lebih faham, bayangkan datang dari keluarga yang perlu bangun 3.30 pagi untuk masuk ke Singapura setiap pagi untuk bekerja.

"Kementerian Komunikasi dan Digital perlu memperhalusi perkara ini (Digitalisasi)", kata Anwar ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia,Singapura di sini.


(Perdana Menteri berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia
di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura di sini/JPM)

Media Baharu