fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Program 'Sulung' bakal diperkemas dan diperluaskan

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 30 Januari-Program sulung menaja pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama dalam keluarga yang berjaya memasuki universiti akan diperkemas dan diperluas.

Ke arah itu, menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mekanisme berkenaan akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan. 

"Sudah sampai masanya kita menggunakan pendidikan percuma untuk menamatkan kemiskinan.Kemisikinan mesti dibasmi dengan ilmu dan kemahiran, bukan bntuan sara hidup tak berkesudahan. Mekanisma dan dasar ini akan dibawa ke perhatian jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan", kata beliau ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun baharu 2023 KPT disini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Mohamed Khaled turut menjelaskan fungsi dan operasi PTPTN akan diberi nafas dan sentuhan baharu, sebagai contoh mengkaji kesesuaian menjadikan institusi itu sebagai sebuah tabung amanah nasional.

Ia bagi mengurangkan beban hutang PTPTN dan membolehkan semua orang, dari dalam dan luar negara, mempunyai ruang untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara.


(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/FOTO RTM)

Media Baharu