ALOR SETAR, 30 Januari-Urusan pemprosesan Pas Sempadan di Pejabat Imigresen Cawangan Kulim, UTC Sg Petani dan UTC Alor Setar, Kedah, ditutup buat sementara bagi tujuan penyelenggaraan.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata orang ramai yang ingin memohon Pas Sempadan berkenaan boleh berbuat demikian di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin ICQS Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap, ICQS Bukit Kayu Hitam dan di Pejabat Imigresen Langkawi.
Namun begitu, urusan memperbaharui passport dan passport baharu masih boleh dilakukan disemua pejabat imigresen dan UTC
"Kita membuat transformasi pas sempadan. Kita ingin ubah suai sedikit pejabat dan selenggara. Kita mabil keputusan tutup sementara operasi di tiga tempat disebutkan tadi. Pentupan tersebut tidaklah terlalu lama. Orang ramai boleh datang ke Durian Burung atau Bukit Kayu Hitam bagi proses atau memperbaharui pas sempadan" ujarnya pada sidang media di Alor Setar.
Menurutnya, penutupan bagi tujuan penyelenggaraan itu dibuat secara berfasa dan Jabatan Imigresen Kedah akan memaklumkan pembukaan semula di ketiga-tiga cawangan dan UTC. berkenaan dalam tempoh terdekat.
(Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain/FOTO RTM)