KUALA LUMPUR, 30 Januari-Pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri mengundang pelbagai reaksi. Ada yang melihat pelantikan tersebut sebagai kelebihan bagi melicinkan pentadbiran negara berdasarkan pengalaman yang dimilikinya dalam politik dan pentadbiran.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berpendapat pelantikan tersebut mampu dimanfaaatkan sepenuhnya bagi membantu kerajaan membangunkan negara.
"Kredibiliti Nurul Izzah barangkali kita masih pertimbangkan dan seadilnya untuk kita nilai dan juga menentukan hal ini adalah sejauh mana pretasi Nurul Izzah dalam memegang jawatan itu dalam beberapa tempoh", ujarnya.
Bagi peguam, Derek Fernandez pula melihat pelantikan tersebut dalam aspek perundangan adalah sah dan tidak perlu dipertikaikan.
"Di bawah Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan, tidak sah atau tidak betul jika seseorang didiskriminasikan daripada satu jawatan hanya sebab pertalian darah atau pertalian saudara", ujarnya ketika ditemui media.
Nurul Izzah dilantik memegang jawatan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.
(Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar
/FOTO RTM)