fb fb fb fb fb

Tambah baik garis panduan dana industri kreatif, beri kepada yang layak

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 29 Februari- Garis panduan permohonan dana industri kreatif akan ditambah baik bagi memastikan ianya diberi kepada pemohon yang layak bagi memastikan penghasilan kandungan bermutu tinggi kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Semua permohonan dinilai secara telus dan berintegriti oleh jawatankuasa yang terdiri dari panel profesional yang dilantik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau berkata prosedur penilaian pemberian dana ditambah baik bagi memastikan kelulusan hanya diberikan kepada penggiat seni yang menghasilkan kandungan bermutu.

"Kita boleh meneliti semula bahawa garis panduan dana industri kreatif supaya kita boleh memastikan bahawa geran dari Finas yang merupakan duit rakyat yang seharusnya hanya diberikan kepada yang serius untuk menghasilkan karya yang membanggakan negara," katanya kepada pemberita dalam Majlis Chinese New Year Gathering 2024 and Standing Film Maker Award Presentation di ibu negara.

Terdahulu, beliau bersama-sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah mengadakan perbincangan bersama pengusaha panggung wayang bagi menambah baik Skim Wajib Tayang sebagai usaha meningkatkan kualiti penghasilan filem tempatan.

Antara yang perhalusi ialah jadual skim wajib tayang dan tempoh sesuatu filem itu ditayangkan ia bertujuan memberi persaingan sihat penggiat filem untuk mencapai tahap standard dan keperluan yang lebih baik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI