fb fb fb fb fb

Kesihatan Raja Harald V semakin baik, akan dibawa pulang beberapa hari lagi

Raja Norway, Raja Harald V

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Diraja Norway menerusi laman web www.royalcourt.no, Raja Harald V yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan baginda semakin baik.

"Matlamatnya adalah agar baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway," kata kenyataan itu.

Raja Harald V dilapirkan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE