fb fb fb fb fb

Tamatkan perkhidmatan jika terlibat kes buli

SEREMBAN, 13 Mei - Tindakan tegas termasuk menamatkan perkhidmatan boleh dikenakan terhadap mana-mana anggota atau pelatih tentera yang terlibat dalam kes buli.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tersebut boleh diambil sekiranya terbukti melalakukan kes buli serta anggota atau pelatih tentera yang terlibat tidak mengendahkan larangan dan terma ketika dalam perkhidmatan.

"Organisasi masing masing itu memantapkan pengurusan agar kes buli ini dapat dikurangkan atau dapat kita tiadakan dan sudah semestinya setiap organisasi ada kita punya prosedur operasi standard (SOP) pelanggaran disiplin.

"Jadi jika didapati pelanggaran itu jelas dilanggar oleh mereka yang terlibat maka pihak perkhidmatan akan mengambil sebarang tindakan atau apa juga tindakan selaras dengan kesalahan yang dilakukan jadi ada tahap sampai dibuang keje jika kes yang mereka lakukan itu benar-benar melanggar SOP perlembagaan," kata Mohamad mengulas kejadian pukul melibatkan pelatih tentera darat yang berlaku di sebuah kem tentera, di Port Dickson.

Jelasnya, pihak polis serta pihak perkhidmatan tentera darat kini sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara tersebut.

(Mohamad ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung PIBG,
di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, di sini)

 

Media Baharu