fb fb fb fb fb

Taman Tema Dinosaur bakal dibina di Ipoh

IPOH, 4 Ogos - Perak bakal mempunyai Taman Tema Dinosaur menjelang Ogos tahun hadapan. 
 
Pembinaan yang melibatkan kos sebanyak RM7 juta itu, akan dibangunkan di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata kewujudan Taman Tema dinosaur itu dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024. 

"Pembinaan aman Tema Dinosaur di Gunung Lang ini meliputi dua fasa, fasa pertama akan dimulakan sebaik sahaja semua pelan pelan diluluskan dan kawasan lebih kurang enam ekar ini akan terdapat, yang pertamanya 30 statik atau 'animatronic dinosaur' dan, yang kedua 'learning center' lebih kurang 2,500 kaki persegi dan boleh menampung 100 orang pada satu-satu masa dan memberi maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan paleontologi dan berkaitan dengan dinosaur," kata Rumaizi, di sini.

(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ditemui media pada
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
bersama Syarikat PEBEC Berhad, di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI))

Taman Dinosaur akan dibina di atas kawasan seluas enam ekar dan merupakan yang pertama terletak dalam kawasan Geopark Lembah Kinta. 

Sebanyak enam Taman Dinosaur telah beroperasi di negara, antaranya di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur, Zoo Teruntum, Kuantan dan Jurassic Land, Tuaran, Sabah. 

Media Baharu