fb fb fb fb fb

Taman Eko Rimba, trek pendakian kembali dibuka secara berperingkat - JPNS

ULU BENDUL, 15 Januari- Sebahagian besar Taman Eko Rimba dan trek pendakian di Negeri Sembilan telah dibuka semula selepas 44 hari ditutup.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), Salleh Awaluddin berkata kesemua taman itu ditutup sejak 1 Disember tahun lalu sebagai langkah berjaga-jaga ekoran cuaca yang tidak menentu.

"Bagaimanapun trek pendakian berembun, Gunung Besar Hantu dan kawasan rekreasi Jeram Toi dan Kenaboi masih dalam proses pembaikan," katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan rekreasi di kaki Gunung Angsi, di sini.

Tambah beliau, tapak rekreasi kembali dikunjungi orang ramai sejak semalam.

Dan hari ini, hampir kesemua hutan lipur di Negeri Sembilan kembali dibuka kepada para pendaki.

Sepanjang tempoh penutupan, pelbagai penambahbaikan dan kerja naik taraf dilakukan ke atas beberapa hutan lipur.

Tambahnya, beberapa trek pendakian baharu juga telah dikenal pasti untuk diusahakan sebagai laluan pendakian.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu