fb fb fb fb fb

Taktik kegiatan peniaga barang lusuh secara haram terbongkar, tujuh individu ditahan

KOTA TINGGI, 4 April- Polis Daerah Kota Tinggi, Johor membongkar taktik peniaga barang-barang lusuh secara haram yang menjalankan kegiatan itu disebalik rumah-rumah kampung bagi mengaburi mata pihak polis.

Serbuan dijalankan di 10 lokasi bersama pelbagai agensi di daerah itu bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari, berjaya memberkas tujuh suspek berusia 19 hingga 59 tahun.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hussin Zamora berkata tangkapan melibatkan tiga lelaki tempatan dan empat warga asing yang dipercayai aktif sejak setahun lalu.

Antara barang lusuh yang dijual adalah tembaga, meter elektrik dan meter air, yang mana ia merupakan satu kesalahan serius.

"Mereka ini berselindung di atas perniagaan yang mana mereka tidak meletakkan papan tanda perniagaan dan mereka berselindung di kawasan kampung dan sebagainya. Mereka membeli barangan terpakai daripada orang tempatan yang datang sendiri atau mereka keluar mencari barang untuk tujuan aktiviti mereka ini," kata Hussin kepada pemberita selepas selesai operasi bersepadu lusuh, di sini.


(Gambar Fail)

Permohonan reman akan dibuat bagi meneruskan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Peniaga Barang-Barang Terpakai 1946.

Media Baharu