fb fb fb fb fb

Tahun Melawat Johor 2026: Persembahan seni budaya di lokasi pelancongan

Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar (kanan) menyampaikan sijil kepada penggiat zapin Salimi Mohd Shah (tengah) sebagai penghargaan dalam usahanya mempertahankan tarian zapin pada Majlis Pengisytiharan Variasi Baharu Zapin Johor 2025 di Hab Pendidikan Pagoh/ BERNAMA

MUAR, 20 September - Menjelang Tahun Melawat Johor 2026, kerajaan Johor bercadang menyediakan platform persembahan seni dan budaya, di kawasan-kawasan tarikan pelancongan.

Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar berkata, langkah itu dapat memberi pendedahan kepada pelancong mengenai kesenian Johor terutamanya zapin, selain menjana pendapatan penggiat seni.

"Kita di kawasan kawasan pelancongan, kita hendak pastikan semua penggiat-penggiat ini diberi peluang untuk membuat persembahan di kawasan kawasan pelancongan. Jadi dengan ini orang ramai akan dapat tahu, sebab kalau kita tengok kawasan pelancongan sunyi kalau tiada persembahan", katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengisytiharan Variasi Baharu Zapin Johor di Pagoh, Muar.

Kerajaan Johor juga memperkenalkan dua jenis variasi zapin baharu, iaitu Zapin Tanjung Selabu dan Zapin Ginjat bagi memperluas skop tarian zapin dalam negeri serta negara.

ROSLINA BINTI DIN