KUALA LUMPUR, 28 Mei- Tahun Kepengerusian MYASEAN tahun hadapan dan Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka memperoleh lebih RM147 billion dengan kemasukan 35.6 juta pelancong.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, ke arah itu usaha penjanaan semula dan pembaharuan perlu dilakukan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai pemain utama ekonomi global.
"Untuk kita memastikan bahawa Kuala Lumpur ini kekal sebagai satu bandar raya yang menjadi tumpuan kepada pengunjung sama ada domestik atau antarabangsa dari sudut kita nak mengekalkan budaya Malaysia," katanya selepas merasmikan Pelancaran Program Geran Kreatif KL di ibu negara.
Ketika ini kerajaan turut memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek mega dengan meningkatkan serta menyelaras usaha dalam memastikan bandar raya Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.