fb fb fb fb fb

PETRONAS serah agihan Ihsan Fitri (i-Fitri) Zakat Kampus RM100,000 kepada pelajar UniMAP

FOTO UniMAP

PAUH PUTRA, 28 Mei- PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd menyerahkan Penyerahan Agihan Ihsan Fitri (i-Fitri) Zakat Kampus kepada mahasiswa UniMAP.

Sebanyak RM100,000 i-Fitri disalurkan kepada UniMAP untuk dimanfaatkan kepada 100 mahasiswa UniMAP dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan yang kini sedang mengikuti pelbagai kursus di universiti berkenaan.

Agihan diserahkan Pengurus Jabatan Sumber Tenaga Manusia, PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd, Mollyna Che Ani kepada Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE