fb fb fb fb fb

Tahun Baharu Cina: Sambutan diharap terus bawa kemajuan, keharmonian

Sambutan Tahun Baharu Cina diharap lebih meriah dan bermakna pada tahun ini.

KANGAR, 4 Februari- Lebih 1,200 keluarga Tiong Hwa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan sedang membuat persiapan akhir bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling yang menziarahi masyarakat berkenaan turut menyantuni mereka dengan memberi sumbangan limau mandarin dan sampul angpau khas.

Beliau berharap sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan membawa kemajuan dan keharmonian kepada seluruh lapisan masyarakat setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam dua ke tiga tahun sebelum ini.

"Sambutannya diharap lebih meriah dan bermakna pada tahun ini.

"Ia bukan sahaja disambut dengan penuh rasa kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

"Kita perlu terus mengeratkan perpaduan dan kesatuan antara rakyat, dimana setiap perayaan yang disambut adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum daripada segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan serta berbangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai," katanya kepada pemberita pada program ziarah Tahun Baharu Cina bersama komuniti Tiong Hwa di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM