SENA, 10 Februari- Amalan kunjung- mengunjung telah menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Marzita Mansor yang turut memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, menyantuni setiap keluarga masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena.
Marzita telah menghulurkan sumbangan pek makanan kepada setiap keluarga masyarakat Tionghoa sebagai tanda ingatan kepada mereka yang meraikan sambutan kali ini.
Sebanyak 550 keluarga Tionghoa menerima sumbangan yang disediakan khusus buat mereka.
Marzita turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh kaum Tionghoa di Perlis, khasnya kepada penduduk di DUN Sena