fb fb fb fb fb

Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi

Tangkap layar X, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Hantaran twit di laman X merupakan respons Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkenaan dakwaan Muhyiddin bahawa keputusan berkenaan seakan menjejaskan hukum Islam di Kelantan.

"Muhyiddin sebar berita palsu," kata Fahmi.

Semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan 16 peruntukan kesalahan bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan bawah enakmen tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI