BANDA HILIR, 10 Februari- Polis Melaka menempatkan anggotanya di kawasan tumpuan pelancong terutama di Banda Hilir bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah, ASP Ahmad Faizal Aminuddin, ia juga disebabkan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan yang bermula pukul 6.00 petang hingga pukul 1.00 pagi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Ada beberapa 'point duty' yang kritikal seperti mana yang kita lihat di belakang 'Mahkota Parade' di persimpangan Hotel Equatorial Melaka di jalan 'little' India itu adalah kritikal point saya menempatkan lebih daripada seorang untuk satu 'point duty' di mana ia melibatkan simpang empat, simpang tiga dan juga susur," katanya kepada RTM di sini.
Katanya, sejumlah 10,000 hingga 15,000 kenderaan memasuki Banda Hilir hari ini.