fb fb fb fb fb

Puting beliung, 6 rumah di Perak rosak

Foto APM Manjung

MANJUNG, 10 Februari- Enam buah rumah di Taman Manikavasagam Sungai Wangi, Ayer Tawar, Manjung rosak akibat kejadian puting beliung di kawasan itu petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah Manjung (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung berkata tiada kemalangan jiwa susulan kejadian itu.

Pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.20 petang.

"Enam anggota telah ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan mendapati terdapat enam buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

"Kerosakan itu bagaimanapun telah dibaik pulih oleh penduduk.

"Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM