KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata China antara negara utama yang melabur di negara ini dengan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Anwar berkata demikian ketika menyentuh mengenai hubungan kerjasama antara Malaysia-China.
"Hubungan Malaysia-China sudah sampai ke tahap strategik dan membanggakan.
"Malah Presiden, Xi Jinping dan Premier, Li Qiang serta pimpinannya sentiasa ada hubungan baik untuk kepentingan rakyat negara kita dan bersama," kata Anwar kepada pemberita di sini.
Selain kerjasama ekonomi, Malaysia turut bekerjasama dalam aspek pendidikan dan kebudayaan yang antaranya membabitkan universiti dan syarikat besar di China.