fb fb fb fb fb

Op Selamat 21 rekod sembilan kemalangan di Besut

Foto FB IPD Besut

JERTIH, 10 Februari- Sebanyak sembilan kemalangan direkodkan sepanjang dua hari pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina di daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad dalam kenyataan berkata, hanya satu kemalangan maut dilaporkan.

Operasi bermula Khamis lepas dan bakal berakhir pada 13 Februarai depan dilaksanakan untuk memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Operasi juga bertujuan untuk memperkasakan, pembudayaan, pematuhan undang-undang dan peraturan jalan raya serta pemantauan di lokasi-lokasi hotspot dan blackspot.

"Kekuatan penugasan harian sepanjang tempoh Op Selamat ini ialah seramai empat pegawai dan 19 anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Besut," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Operasi Pencegahan Jenayah melibatkan tiga pasukan tambahan termasuk satu pasukan dikenali sebagai Tim Cantas akan dilaksanakan.

Setakat dua hari pelaksanaan operasi itu satu kes jenayah kekerasan dan dua kes jenayah harta benda direkodakan.

Bagaimanapun polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan pelanggaran undang-undang dan kemalangan jalan raya boleh menghubungi talian 09-6959999 (Pusat Kawalan Daerah Besut).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI