fb fb fb fb fb

Tahfiz TVET, buka peluang luas kemahiran

KUANTAN, 17 Jun- Program Tahfiz Mahir Yayasan Pahang merupakan permulaan positif dalam kalangan penuntut-penuntut tahfiz untuk memperluas bidang kemahiran sebagai satu jaminan kerjaya masa hadapan.

Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills merupakan program model pertama di Pahang khusus untuk pelajar lepasan madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang dikenali sebagai Tahfiz TVET.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, "program tersebut membuka lembaran baharu dalam bidang pendidikan dan kemahiran yang turut menjamin peluang pekerjaan dengan memberi peluang latihan yang jelas dan diiktiraf di peringkat nasional.

"Bertepatan dengan itu lah, menerusi Belanjawan Pahang 2023, kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM1 juta bagi pembangunan institusi latihan kemahiran baharu maahad tahfiz tvet di penor bagi melahirkan tenaga kerja mahir dengan kapasiti 100 orang pelajar," katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia, Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang hari ini.

Selain itu katanya, kerjasama dengan industri juga membolehkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) menawarkan program-program yang lebih berkualiti dan relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Jelasnya, industri merupakan pihak yang paling mengetahui mengenai keperluan pasaran pekerjaan

Oleh itu katanya, institusi TVET boleh menyesuaikan program mereka mengikut keperluan dan  permintaan industri.

Pada majlis tersebut seramai 290 graduan telah menamatkan pengajian masing-masing.

Daripada jumlah itu seramai 154 orang dari Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) manakala 136 orang telah menerima Pentauliahan Kemahiran Malaysia.

(Wan Rosdy Wan Ismail)

Media Baharu