fb fb fb fb fb

PRN: PH , BN guna logo masing-masing di Kelantan

(FOTO FAIL)

TUMPAT, 17 Jun-Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan logo masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu telahpun di persetujui bersama.

Menurutnya, bagi PRN di Terengganu pula, keputusan penggunaan logo bagi PH dan BN masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

" Sebenarnya di Terengganu, penggunaan logo masih lagi dalam perbincangan.

"Di kelantan, PH akan pakai logo sendiri, BN akan pakai logo sendiri.

"Tetapi tidak bertembung dari segi kerusi yang ditandingi", katanya pada sidang media selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, bagi PRN di Kelantan BN akan bertanding di 31 kawasan DUN manakala selebihnya akan di tandingi calon dari PH.


(Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu
dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Media Baharu