JOHOR BAHRU, 4 April-Projek Rapid Transit System (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dijangka siap mengikut jadual Disember 2025 dengan status terkini insfrastuktur landasan mencapai 32 peratus.
Ia merangkumi komponen seperti depoh, stesen, jajaran darat dan marin yang telah 20 peratus siap ketika ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pembinaan projek RTS Link yang akan beroperasi 2026 ini akan menyelesaikan masalah kesesakan kedua-dua negara.
" Kita menjangkakan seramai 10,000 pengguna RTS akan menggunakan perkhidmatan ini bagi setiap satu jam. Kita juga mempunyai landasan berkembar Gemas-Johor Bharu dan IRT (Iskandar Rapid Transit) melibatkan perkhidmatan bas dan keretapi . Sebaik sahaja siap projek-projek ini, kita akan dapat wujudkan jaringan pengangkutan yang baik buat Johor", jelasnya selepas Lawatan Tapak Projek RTS di Johor Bahru yang bertujuan memantau kerja-kerja pembinaan di tapak terutamanya menghubungkan perairan Johor Bahru dan Singapura.
Berhubung kesesakan menjelang Aidilfitri di Tambak Johor, satu mesyuarat koordinasi bersama agensi terlibat akan diadakan dalam masa terdekat bagi melancarkan urusan keluar masuk rakyat di kedua-dua negara.
(Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad
Salleh/FOTO RTM)