HULU SELANGOR, 4 April-Worldwide Holding dan Starvilion memilih Komuniti daerah Hulu Selangor bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan zakat dan bantuan kepada asnaf dan masyarat memerlukan.
4 keluarga asnaf menerima RM400 kotak makanan ruji dan pakaian raya selain turut menerima bantuan baik pulih rumah yang telah siap sepenuhnya melalui sumbangan zakat Worldwide Holding.
Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah turut menerima sumbangan bernilai RM3500 bantuan baik pulih, bantuan makanan ruji, sumbangan pakaian raya kepada 40 kanak-kanak dan 5 lima penjaga pertubuhan itu.
Program anjuran Selangor Youth Community (SAY) ini turut mengagihkan sumbangan kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Selangor yang menerima 10 unit kerusi roda.
Kesemua bantuan disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
(Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyampaikan bantuan dan sumbangan
/FOTO RTM)