fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 April- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa di tengah-tengah jangkaan pengeluaran yang rendah.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga MSM turut dirangsang oleh harga minyak mentah yang kukuh.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,700 dan paras rintangan pada RM4,150," katanya kepada BERNAMA.

Penyelidik Kargo, Societe Generale de Surveillance berkata pada Isnin bahawa eksport produk minyak sawit Malaysia meningkat 24.7 peratus kepada 1.41 juta tan pada Mac daripada 1.13 juta tan yang dihantar pada Februari.

Pada penutup dagangan, bulan semerta April 2023 dan Mei 2023 masing-masing meningkat RM73 kepada RM4,242 satu tan dan RM4,103 satu tan.

Kontrak Jun 2023 naik RM82 kepada RM3,966 satu tan, Julai 2023 meningkat RM80 kepada RM3,872 satu tan, Ogos 2023 naik RM74 kepada RM3,804 satu tan, dan September 2023 menokok RM65 kepada RM3,764 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 51,581 lot daripada 53,809 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 240,477 kontrak daripada 241,260 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan meningkat sebanyak RM50 kepada RM4,300 satu tan.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu