fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR ditutup tidak diniagakan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 April- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal ditutup tidak diniagakan hari ini.

Kontrak bagi bulan semerta April 2023, Mei 2023, Jun 2023 dan September 2023 semuanya berada pada 97.23.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka terus kekal sifar.

Pada penetapan pukul 11.00 pagi, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.62 peratus.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu