(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 4 April- Keperluan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau pelaburan dari China, akan dibincang pada mesyuarat Kabinet, esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata buat masa ini pelaburan dari China, dipantau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama beberapa agensi.
"Memang kita akan bincang dalam mesyuarat esok dan langkah-langkah susulan sama ada harus ada jawatankuasa khas atau tidak dan akan diputuskan esok.
"Setakat ini projek ini dipantau oleh MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang saya rasa mampu untuk menyelenggarakan kerana persiapan yang dibuat oleh mereka sangat memuaskan," katanya di Parlimen, di sini.
(Foto BERNAMA)