fb fb fb fb fb

Sultan Perak rasmi Masjid Jamek Taman Yayasan

(FOTO FB mptaiping)

TAIPING, 5 April-Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Jamek Taman Yayasan di Taiping Perak.

Ketibaan Baginda kira-kira jam 6:50 petang disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak, Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Baginda kemudian berkenan menanam pokok di pekarangan bangunan sebelum merasmikan masjid tersebut.

Ia diikuti bacaan doa perasmian oleh Pegawai Tadbir Agama Taiping Kamal Izat Ahmed dan bacaan ayat suci al-Quran.

Sultan Nazrin kemudian berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 500 jemaah dan menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid yang siap dibina pada 5 Julai 2013 itu, sebelum berangkat ke majlis santapan, diikuti solat isyak serta solat tarawih.

Masjid berkenaan boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah mula dibina pada 23 April 2012, dilengkapi ruang solat utama, bilik imam, tempat wuduk wanita dan lelaki, kemudahan pengurusan jenazah dan pejabat pentadbiran.


(Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin merasmikan Masjid Jamek Taman Yayasan 
Taiping/FOTO FB mptaiping)

Media Baharu