fb fb fb fb fb

Perangi masalah malpemakanan kanak-kanak fokus lima teras

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 5 AprilĀ -Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030 memfokuskan lima teras dalam menangani pemakanan tidak seimbang golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara teras tersebut ialah mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pihak berkepentingan.

Ia dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hari ini.

Mesyuarat memberikan tumpuan terhadap aspek pemakanan seimbang kepada golongan muda dan belia yang akan menjadi pemacu pembangunan negara di masa hadapan.

Pelan itu menyasarkan impak kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun termasuk golongan rentan sebagai satu usaha mencegah dan mengawal masalah itu daripada terus meningkat sekali gus mengurangkan beban kerajaan menanggung kos rawatan.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan akan membesar menjadi dewasa yang berisiko tinggi menghidapi masalah penyakit tidak berjangkit yang memerlukan pembiayaan rawatan amat tinggi sepanjang hayat.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu