fb fb fb fb fb

Penglibatan rakyat bantu KDN jalankan tanggungjawab

(FOTO RTM)

PETALING JAYA, 5 April-Rakyat disaran agar melibatkan diri dalam setiap aktiviti anjuran agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini bagi memudahkan pelaksanaan dasar kementerian itu kepada golongan sasar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penglibatan itu sekaligus meningkatkan kefahaman rakyat berkait dasar kementerian.

"Secara tidak langsung ini menunjukkan gambaran bahawa eratnya hubungan rakyat dengan agensi-agensi. Saya menggalakkan supaya rakyat juga menjadi mata dan telinga pihak berkuasa", katanya Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Iftar Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

(Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah/FOTO RTM)

Media Baharu