fb fb fb fb fb

Pesara guru rugi lebih RM585,000 akibat 'phone scam'

IPOH, 5 April- Seorang pesara guru kerugian lebih setengah juta ringgit selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai ejen insurans.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 59 tahun itu menerima panggilan tersebut pada Isnin lalu ketika berada di rumahnya di Hutan Melintang, Perak.

"Mangsa dikatakan mempunyai tuntutan insuran sebanyak RM68,800 di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Selepas menafikan tuntutan berkenaan, panggilan itu kemudian disambung kepada lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya.

(Foto hiasan)

Mangsa diminta membuat pindahan keseluruhan wang ke akaun peribadi bagi tujuan siasatan sumber kewangan.

Akibat cemas dan ketakutan, mangsa juga telah memberikan maklumat perbankan kepada individu tersebut.

Kesemua wang berjumlah lebih RM585,000 hasil simpanan, wang pencen serta pinjaman itu disedari hilang ketika mangsa ingin mengeluarkan wang dari bank.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media Baharu