fb fb fb fb fb

Op Samseng Jalanan: 2,033 saman dikeluarkan sepanjang Ramadan

SUNGAI PETANI, 5 April- Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sempena Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya turut menyita 97 buah kenderaan.

Jelas beliau, antara kesalahan dikesan ialah tidak mempunyai lesen memandu, pemandu serta penunggang bawah umur, kenderaan tidak mempunyai cukai jalan dan insuran, ubah suai ekzos, tiada brek dan brek tidak berfungsi dengan baik.

"Sepanjang tempoh operasi, dua orang 'mat Rempit' turut ditahan dan disiasat bawah Sekysen 379 A Kanun Keseksaan.

(ACP Zaidy Che Hassan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda)

Antara lokasi panas perlumbaan haram ialah di Lagenda Height, persimpangan Sungai Batu, persimpangan AIMST University, Merbok dan di beberapa lokasi lain," katanya.

Sehingga 2 April lalu, sebanyak 2,134 kes kemalangan direkodkan dan 36 mangsa meninggal dunia.

Media Baharu