fb fb fb fb fb

Edar 63,120 gram canabis, mekanik dihadap ke mahkamah

BATU PAHAT, 5 April - Seorang mekanik lelaki berumur 37 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan mengedar 63,120 gram dadah jenis canabis di Yong Peng, di sini pada 26 Mac lalu.

Mohd Borhan Saim mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan dilakukan pukul 8:30 malam di Jalan Kampung Parit Selamat, Mukim Tujuh.

Kes akan disebut semula di Mahkamah Yong Peng, 30 Mei ini bagi mendapatkan laporan penuh kimia.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan tidak dibenarkan ikat jamin.

(FOTO HIASAN)

Kes dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat, mengikut Seksyen 39 B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media Baharu