Tadbir urus berasaskan data penting jayakan Agenda SDG PBT

Foto FB HANNAH YEOH

PUTRAJAYA, 20 Mei – Pendekatan tadbir urus berasaskan data perlu diberi keutamaan dalam memperkukuh Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

RINGKASAN BERITA AI
  • Data terbuka dan tepat diperlukan untuk merangka dasar serta melaksanakan intervensi yang tepat mengikut keperluan setempat.
  • Isu setempat sering boleh diselesaikan tanpa peruntukan besar melalui kreativiti, kerjasama strategik dan pelaksanaan agensi yang efektif.
  • Penglibatan pemegang taruh dan komuniti perlu diperluas bagi memastikan dasar serta intervensi selari dengan keperluan dan memberi impak sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata data tepat penting bagi membantu agensi kerajaan merangka dasar serta melaksanakan intervensi lebih berkesan mengikut keperluan setempat.

“Open data itu penting. Tanpa data, kita tidak boleh buat perancangan dan kita tidak boleh buat intervensi dengan tepat.

Kalau tiada data, kita akan ‘blind’ dalam membuat dasar serta menentukan pelaksanaan yang sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Tadbir Urus dan Kepimpinan SDG Zon Tengah di sini.

Menurutnya, banyak isu setempat boleh ditangani tanpa memerlukan peruntukan kewangan yang besar, sebaliknya menerusi kreativiti, kerjasama strategik dan pelaksanaan yang lebih efektif di peringkat agensi.

Pada masa sama, beliau menggesa agensi kerajaan dan PBT memperluas libat urus bersama pemegang taruh serta masyarakat bagi memastikan setiap penyelesaian dirangka benar-benar selari dengan keperluan rakyat.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan dasar, pelaksanaan dan intervensi yang digerakkan bukan sahaja bersifat menyeluruh, malah mampu memberi impak lebih berkesan kepada komuniti setempat.

Forum dua hari bertemakan Kolaborasi Pintar Pembangunan Mampan dan Kesejahteraan Komuniti itu turut menghimpunkan kerajaan negeri, pejabat daerah, PBT serta agensi berkaitan.

Ia menjadi platform membincangkan cabaran pembangunan setempat, integrasi SDG dalam tadbir urus tempatan, inovasi bandar pintar serta pengukuhan kerjasama strategik pelbagai peringkat pentadbiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.