fb fb fb fb fb

Tadbir urus baik asas keberkesanaan dasar kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Tadbir urus yang baik menjadi asas kepada keberkesanan setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap polisi yang diwujudkan perlu berteraskan tatakelola baik bagi memacu pembangunan, usaha reformasi serta anjakan paradigma tidak akan berjaya sekiranya amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terus berleluasa.

"Terdapat batas dan had tertentu dalam sistem sedia ada, justeru Malaysia perlu meneroka idea, hala tuju dan dasar baharu serta belajar daripada negara lain bagi meningkatkan keupayaan.

"Perkara ini perlu diambil dengan sangat serius. Apa jua ilmu atau pengalaman yang boleh kita pelajari, perlu dikongsi dengan masyarakat. Apabila kita bercakap tentang perubahan, asasnya adalah tadbir urus. Bagaimana kita mahu memahami dan melaksanakan transformasi sekiranya kita masih dibelenggu isu rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Ilmu PNB di ibu negara.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan bahawa transformasi sebenar tidak hanya bergantung kepada dasar semata-mata sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI