fb fb fb fb fb

Pendidikan literasi kewangan, digital penting hadapi cabaran ekonomi masa depan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Pendidikan mengenai literasi kewangan dan literasi digital yang disokong teknologi canggih dan kecerdasan buatan (AI) perlu digerakkan secara seimbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan terhadap pengetahuan kewangan tidak boleh diketepikan hanya kerana kemajuan digital, sebaliknya kedua-dua aspek itu dapat memastikan rakyat bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

"Kita berbicara tentang transformasi dan kecerdasan buatan (AI), usaha mendidik masyarakat melalui konsep Celik MADANI masih perlu dipertingkatkan bagi memastikan rakyat memahami asas kepentingan pelaburan dan simpanan.

"Perbincangan mengenai AI dan digital tidak boleh dipisahkan daripada isu ketersambungan. Persoalannya ialah, adakah akses digital yang menyeluruh dapat dijamin untuk kawasan bandar utama berbanding kawasan luar bandar dan kelompok miskin bandar yang mungkin masih ketinggalan dari segi kemudahan dan capaian internet," katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Ilmu PNB di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI