fb fb fb fb fb

Taburan hujan tinggi, air pasang besar punca banjir di Merlimau

Antara kawasan yang dilanda banjir di Merlimau/ Foto SK Merlimau 1

MERLIMAU, 14 Oktober- Taburan hujan yang tinggi serta air pasang besar menjadi faktor utama berlakunya banjir awal pagi tadi di beberapa kawasan sekitar Melaka.

Demikian menurut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin.
  
Justeru, pihaknya turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau keadaan di lokasi banjir dan mengambil beberapa langkah jangka pendek bagi mengelakkan banjir lebih teruk.
 
"Yang saya difahamkan oleh agensi yang terlibat ini adalah pertembungan di antara air laut yang pasang dan juga taburan hujan yang tinggi yang mengakibatkan air sungai melimpah. Setakat ini, kita tidak nampak isu-isu lain, sama ada daripada ada perumahan baharu dibuat, projek lain dan sebagainya. Tetapi kita akan kaji, jika ada", katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Rahman Yaakob di Merlimau.
 
 
 

ROSLINA BINTI DIN