fb fb fb fb fb

Tabung Usahawan Belia Felda, pemangkin aktiviti ekonomi usahawan belia

(Ismail Sabri berucap pada Program Transformasi Perladangan Felda di Felda Endau, Mersing)

MERSING, 9 Mac - Tabung Usahawan Belia Felda dengan permulaan dana sebanyak RM10 juta diwujudkan bagi memangkin aktiviti ekonomi usahawan belia di rancangan Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia memberi peluang kepada belia untuk berniaga terutama perniagaan dalam talian.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Kerajaan Persekutuan juga akan membina dan menambah menara pencawang di tanah Rancangan Felda untuk membolehkan aktiviti perniagaan belia Felda diperkasa.

"Belia Felda yang ingin berniaga boleh memperolehi modal untuk memulakan perniagaan melalui Tabung Usahawan Belia Felda, dulu dah ada kita hentikan sementara dan sekarang kita wujudkan semula," katanya.

(Sekitar Program Transformasi Perladangan Felda di Felda Endau, Mersing)

Beliau berucap pada Program Transformasi Perladangan Felda di Felda Endau, Mersing.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kejayaan yang dikecapi Felda adalah hasil perjuangan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Agenda tersebut diteruskan oleh kepimpinan BN sehingga ke hari ini.

Media Baharu