fb fb fb fb fb

Fungsi PKD diperluas jadi pusat sehenti teknologi inovasi

(Hasbi pada pelancaran Ruang Reka STIE di PKD Layang-Layang, Kluang)

KLUANG, 9 Mac - Fungsi Pusat Komuniti Desa (PKD) akan diperluas kepada platform hab reka cipta, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) II, Datuk Hasbi Habibollah berkata langkah itu diperkenal bagi melahirkan lebih ramai masyarakat luar bandar yang celik bidang berkenaan.

Untuk itu, kerjasama dijalin KPLB dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Kita nak mempergunakan sepenuhnya PKD yang kita buat di luar bandar ini supaya ia menjadi pusat sehenti, bukan hanya digunakan untuk bahagian usahawan tetapi juga sebagai tempat untuk anak-anak di luar bandar untuk belajar," katanya.

(Hasbi ditemui pemberita di Kluang hari ini)

Beliau ditemui selepas melancarkan Ruang Reka STIE di PKD Layang-Layang di sini.

Ia merupakan PKP pertama dijadikan pusat STIE.

Media Baharu