fb fb fb fb fb

KPDNHEP beri jaminan bekalan bahan mentah cukup menjelang Ramadan

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan bahan mentah adalah mencukupi menjelang Ramadan.

Pengarah KPDNHEP, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, orang ramai khususnya di Kuala Lumpur tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan bekalan bahan mentah mencukupi sehingga menjelang perayaan Aidifitri nanti.

Ia berikutan keresahan orang ramai terhadap isu kekurangan bekalan telur yang tular sebelum ini.

"Saya boleh katakan buat masa sekarang, keperluan barangan adalah mencukupi dan kita di pihak Kementerian sendiri sentiasa membuat perancangan dengan teliti dan sekarang ini kita tengah sibuk untuk merancang, menyediakan pelan.

(Majlis Penyerahan Bunting Hari Pengguna Kebangsaan di Kuala Lumpur)

"Kita mempunyai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) seperti biasa dan perkara itu akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri", katanya semasa Majlis Penyerahan Bunting Hari Pengguna Kebangsaan di sebuah pusat membeli belah, di ibu negara.

Di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bagi pihak KPDNHEP, berani memberi jaminan bahawa bekalan akan mencukupi", katanya.

Media Baharu