fb fb fb fb fb

Pasukan khas MyCC masih menyiasat isu berkaitan ayam dan telur

(Sekumpulan peniaga mendakwa harga telur ayam akan naik sehingga 10 peratus/FOTO hiasan)

KUALA LUMPUR, 9 MacSuruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) masih menjalankan siasatan isu berkaitan persaingan dalam industri ayam dan telur berikutan dakwaan sesetengah gabungan dan pertubuhan  mengenai kenaikan harga barang sehingga Ramadan dan Aidilfitri. 

Menurut kenyataan pasukan khas itu, siasatan berkenaan dijalankan sejak 1 Februari lalu selepas menerima arahan daripada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

“Susulan daripada itu, penyiasatan MyCC dalam isu ini sedang berjalan lancar setakat semalam yang termasuk menjalankan aktiviti serbuan dan pengambilan kenyataan perusahaan dan individu yang berkaitan,” kata kenyataan itu hari ini.

(Gambar hiasan)

Menurut kenyataan itu lagi, MyCC mendapat sokongan dan kerjasama padu dalam aktiviti penyiasatannya bersama pihak-pihak tertentu untuk membantu menyiasat perkara berkenaan mengikut Seksyen 41 Akta Persaingan 2010.

“MyCC menjemput mana-mana perusahaan lain, pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam untuk turut membantu MyCC dalam penyiasatan ini.

“Mana-mana pihak yang berminat digesa menghubungi MyCC melalui telefon di 03-22732277 (IED) atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.,” katanya.

Pada awal bulan Februari, sekumpulan persatuan peniaga menjangka masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran berlarutan sehingga Ramadan yang didakwa berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran di pihak penternak.

Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam yang didakwa akan berlarutan sehingga Ramadan.

Media Baharu