fb fb fb fb fb

MOSTI diminta tumpu pembangunan dua jenis benih padi yang mampu beri pulangan baik - PM

MERSING, 9 Mac - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI diminta menumpukan usaha pembangunan dua jenis benih padi yang mampu memberikan pulangan baik dan berkualiti tinggi.

Langkah itu diperlukan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

(Ismail Sabri berucap pada Majlis Penyerahan Benih Padi IS 21 kepada Komuniti Endau di Mersing)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata benih padi berkenaan dikenal pasti tahan lasak apabila ditenggelami air dan tidak menggunakan kuantiti air yang banyak.

"Kita sebagai sebuah negara yang tidak tentu bila berlaku banjir, ketika ini kadang-kadang padi sedang ranum tiba-tiba ditenggelami air dan akhirnya musnah atau anak-anak padi sedang membesar ditenggelami air boleh musnah," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Benih Padi IS 21 kepada Komuniti Endau di Mersing, di sini hari ini

Benih padi berkenaan turut diguna pakai sektor pertanian Filipina dan India.

Media Baharu