fb fb fb fb fb

Tabung Perumahan Negara, beri manfaat golongan B40 membeli rumah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos- Tabung Perumahan Negara yang dicadangkan Jabatan Perumahan Negara kini di fasa penelitian bersama Kementerian Kewangan.

Inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu berupaya membantu keluarga berpendapatan rendah memiliki rumah dengan pembiayaan sehingga 10 peratus deposit ditanggung kerajaan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata ia bakal memanfaatkan sejumlah pemohon bermula tahun hadapan sekiranya diluluskan dalam tempoh terdekat.

"Sekiranya kita beli rumah RM300,000, maka pembayaran deposit pertama 10 peratus iaitu RM30,000 itu kerajaan akan dibayar oleh kerajaan.

Ini akan membantu mereka supaya tidak menghadapi masalah perbankan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Pembayaran itu ditanggung oleh kerajaan Malaysia Madani," kata Kor Ming kepada pemberita di Angkasapuri selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi.


(Foto Hiasan)

Tambahnya, ia dirangka khusus bagi menyelesaikan masalah pembiayaan perbankan membabitkan pembeli dalam kumpulan B40 dan M40.

Media Baharu