fb fb fb fb fb

Kerangka kawal selia teknologi AI, dalam penelitian kerajaan - Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos - Kerajaan sedang meneliti keperluan mewujudkan kerangka kawal selia bagi menangani isu berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil terdapat kewajaran bagi usaha itu ekoran penggunaan aplikasi generatif AI yang semakin meluas di negara ini.

Jelasnya, tenaga pakar dari dalam kerajaan dan industri akan dikumpulkan bagi memahami beberapa cabaran termasuk isu etika yang melibatkan AI.

"Memandangkan ia mungkin mempunyai kesan kepada pekerjaan, dan pada masa sama, kalau kita lihat perkembangan terbaru di beberapa negara, ada penyedia perkhidmatan generatif AI seperti ChatGPT yang telah disaman oleh kerajaan tertentu kerana isu perlindungan data.

Maka, pada ketika ramai yang mula menggunakan aplikasi generatif AI, ada kewajaran bagi pihak kerajaan meneliti keperluan mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi isu Kecerdasan Buatan (AI)," kata Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan Majlis "Public Sector Day Malaysia 2023", di sini.


(Foto FB Menteri)

Tambah beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) bagi usaha itu.

Media Baharu